top of page

Kompos daun

Kulat pada daun menghancurkan daun menjadi kompos. Dikenali sebagai leaf mould. Kaya dengan microb untuk tanaman yang sihat.

Bagaimana Setup menara kompos daun

Mudah sahaja cara membuatnya...

Langkah pertama : beli net berdawai dengan panjang 3 meter. Lilitkan untuk membentuk silinder. Silinder ini akan berdiameter 1 meter. Saiz besar ini adalah dikira optimum untuk menghasilkan baja kompos daun.

Kumpul banyak daun bebanyak

Ya...kumpullah dengan apa cara sekalipun...Macam-macam formulasi yang boleh digunakan. Kalau daun sahaja dikira bahan karbon, ia sejuk. jika 100% daun maka ia jadi kompos sejuk (cold compost). lambat siap dan akan banyaklah kulat (bagus).

​

Jika nak cepat, campurkan bahan hijau seperti rumput. Rumput tak sama dengan daun kerana rumput ada ammonia (busuk jika ia mereput), daun tak membusuk perasan kan? Jika 50% daun & 50% rumput, maka ia akan jadi hot kompos...panas kat tengah. Majoriti bakteria (juga bagus). Kompos akan cepat siap. Tapi banyak kerja kerena perlu kacau untuk masak kompos secara sekata. PS: kompos perlu berada dalam keadaan lembab.

Tuai Kompos...

Setelah berbulan berlalu, dan setelah berkali-kali topup daun, akhirnya tiba masa tuai. 

​

Buka netting, begitu padat daun sehingga menara daun tidak runtuh.

​

Korek sebelah bawah...Alhamdulillah kompos daun yang berupa tanah hitam jelas kelihatan. Berbau amat segar dan 'hidup'. 

​

​

Korek lagi dalam, padat dengan kompos.

​

Korek lagi dalam, padat dengan kompos.

​

Lihatlah...keindahan alam kitar semula. semuanya percuma dan berkualiti.

© Since 2015 by Cikgu Hassan 

bottom of page