top of page
Tahi Cacing (VermiCompost- VC)
Baja organik bermutu tinggi. Home Made!
ANC

Cacing African Night Crawler (ANC)

Pro:

  • Besar macam laksa,

  • Hasilkan vc yang besar seperti coklat rice. 

  • Mudah diasingkan daripada vc.

  • Jangka hayat 4+tahun

​

Cons: 

  • Suka menular,

  • Sukar boleh duduk diam, 

  • Mudah mati jika terleka 

Blue Worm

Malaysia or Indian Blue Worm

Pro:

  • Tahan lasak,

  • boleh diabaikan

  • mudah dijaga.

  • sesuai untuk beginner.

  • Kerja keras.

  • kurang menular.

  • Jangka hayat 4+tahun

​

Cons:

  • Kecil macam bihun,

  • Tahinya (VC) bersaiz kecil.

  • makan masa untuk pisahkan dari VC.

  • badanya melekit-lekit, 

"Cacing ialah binatang simple, penjagaan pun simple."

Penjagaan cacing ini mudah jika ikut jalan yang mudah. Jika terlalu cerewet maka cacing juga akan stress dengan sikap anda yang terlalu cerewet. Cikgu mengikuti kaedah yang simple kerana cikgu sibuk mengajar dan banyak hal dunia akhirat lain nak fokus. 

"Manusia suka merumitkan hal yang mudah."

PERSEDIAAN RUMAH CACING : Cari basin yg mempunyai luas permukaan yang luas. Ini supaya mudah utk memberi makanan kemudian hari.  Tak perlu tebuk lubang sebab nanti cacing senang keluar, air meleleh keluar, lipan senang masuk. 

​

Basin kedai rm2 pun boleh sajaaaa :-D

Cacing tawaf di atas bekas...!!!"

Terlalu basah atau terlalu panas. Kalau cacing tawaf bukannya nak melarikan diri tapi sedang menunggu rumahnya jadi stabil semula. 

​

Kesalahan cikgu: bubuh pisang dalam bekas kecil. Benda reput membebaskan haba. Bekas kecil menyebabkan cacing tiada tempat untuk hijrah.  Lain kali guna bekas yang luas.

Hmm kene pertimbangan, boleh juga dan takpaya juga ialah jawapan saya.

 

BEDDING: Ini ramuan tersimple dan termudah dan berkesan: Kotak telur/hirisan kotak kadboard/dedaun. Basahkan agar semuanya  lembab, kemudian buang air lebihan. Gaulkan dengan sedikit tanah kompos dan letak cacing di bahagian bawah sekali. 

Nak tambah tanah ke?

Cacing makan apa?

PEMAKANAN: Cacing makan semua jenis buahan kecuali oren limau dan semasam dgnya. Mereka juga tak makan bawang. Cacing tak suka  diusik, jika basin cacing nampak 'sunyi' (tak de cacing keluar nk lari) maka itu tanda baik. Cacing akan lari  sebagai tanda terlalu basah, terlalu panas. Berikan makanan pada satu pepenjuru dan kuburkan dibawah dedaun yg byk. Selepas  suatu tempoh(seminggu lebih), cuba lihat kondisi makanan tersebut. jika hilang, tambahkan lagi makanan dan sebaliknya tak perlu  tambah makanan.    

CACING BENCI:

  • kepanasan (kering kulitnya)

  • tempat terik (kering kulitnya)

  • buah berasid seperti oren (melecur kulitnya)

  • sayuran seperti bawang (melecur kulitnya)

  • perfum sintetik (melecur kulitnya)

  • Lipan, burung, tikus, manusia. (pemangsa cacing)

​

kesimpulan: Cacing punya kulit sensitif dan sedap dimakan.

© Since 2015 by Cikgu Hassan 

bottom of page